(Video) Mira Filzah Sediakan Biasiswa Sendiri Berjumlah RM1.3 Juta. Kelas!

Selain menjadi selebriti atas paksi sebagai pelakon, pengacara dan ahli perniagaan, Mira Filzah kini juga boleh berbangga kerana dia juga dapat membantu golongan muda terutamanya dalam mengejar cita-cita dalam bidang pendidikan menerusi biasiswa yang diwujudkan di bawah namanya dengan kolaborasi Aesthetic Skin International Institute berjumlah RM1.3 juta.

Seronok mengacara Nona.

Kata hos program Nona itu, biasiswa berkenaan dibuka untuk 100 individu yang berminat untuk belajar jurusan Keusahawanan Kecantikan di institusi berkenaan yang berlokasi di Bandar Sunway.

Memberi manfaat pada semua.

Tambah Mira lagi, biasiswa itu turut diwujudkan atas inisiatifnya bersama Aesthetic Skin Group.

“Asalnya saya hanya ditawarkan menjadi duta produk institut kecantikan kulit itu saja. Namun selepas itu, saya fikirkan kolaborasi yang terjalin patut dibuat untuk jangka masa panjang dan mampu memberi manfaat bukan kepada saya saja tetapi juga orang lain.

“Daripada situlah tercetus mengenai biasiswa ini. Saya diberitahu biasiswa ini akan ditawarkan bukan untuk satu tempoh tertentu saja tetapi berterusan,” katanya.

Untuk jurusan Keusahawanan Kecantikan.

Menurut artis bertudung jelita itu lagi, pelajar terbaik institusi berkenaan juga akan diberi modal memulakan perniagaan.

Biasiswa berterusan.

“Saya harap biasiswa ini dapat memberi yang terbaik untuk masyarakat. Saya sendiri memang mementingkan soal pendidikan dan ilmu.

“Lalu saya harap apa yang saya pentingkan itu juga dapat diberi kepada mereka yang memerlukan. Saya mahu lebih ramai lagi mereka di luar sana mencipta jaya. Terima kasih di atas kerjasama ini, “katanya.

Pendaftaran dibuka sejak Januari.

Kata Mira lagi, had umur yang dibuka untuk mereka yang berminat ialah dari 18 hingga 30 tahun selain mempunyai minat dalam bidang kecantikan serta keusahawanan.

Sejak Januari lalu, pendaftaran sudah dibuka. Mereka yang terpilih layak mengikuti kursus selama setahun 3 bulan sekali gus berpeluang menjana pendapatan melalui pendedahan teori dan praktikal yang dijalankan.

Mira dalam perkembangan lain juga seronok diberi mandat sebagai hos baru Nona menggantikan Uyaina Arshad. Mira sebelum ini pernah mengacara program televisyen seperti Qari Jr 2015, 3 Juara, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke- 29 dan Mahligai Cinta.

Nona, program majalah TV wanita yang diperkenalkan oleh TV3 sejak tahun 1985 dan setelah lebih 30 tahun bersiaran, pernah diterajui oleh nama besar dalam industri penyiaran Malaysia seperti Dian P. Ramlee, Puan Sri Normala Samsudin, Maya Karin, Nurul Syuhada Nurul Ain, Fiza Sabjahan, Neelofa dan Farah Fauzana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *