(Video) Anak Sulung Baru Usianya 30 Hari,Mawar Dan Fizo Umum Maryam Akan Jadi Model Cilik Tudung Fareeda

Sebelum ini ISTERI kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Abdul Karim mendedahkan wajah cahaya mata sulungnya, Wan Maryam selepas dua minggu bayi comel itu dilahirkan.

Mawar berkongsi foto anak perempuannya itu menerusi entri terbaru di Instagram (IG) hari ini.

Foto berkenaan turut disertakan dengan kapsyen:

“Assalamualaikum auntie uncle semua,nama saya diberi oleh bapa dan mama saya, Wan Maryam bt Wan Hafizol.

“Hari ini saya dah 2 weeks. Saya dilahirkan pada hari Jumaat 29 December jam 4.01 petang. Doakan saya semoga menjadi anak soleha di dunia & akhirat.

“Nanti saya akan ganti Mama saya jadi Fareeda junior @fareedagroup. (Gambar ini sewaktu saya ada jaundice tapi Alhamdulillah sekarang dah baik),” tulisnya.

 

Setelah hampir 4 tahun menikah,barulah Fizo Omar dan juga isteri tercinta di kurniakan anak pertama mereka. Itu merupakan satu berita sangat gembira yang di tunggu-tunggu oleh mereka berdua.

Alhamdulillah setelah sekian lama menanti, Mawar isteri kepada Fizo Omar selamat melahirkan bayi perempuan comel yang di beri nama Maryam. Maryam cukup bertuah kerana di lahirkan sebagai anak kepada Fizo dan Mawar kerana mereka berdua merancang masa depan yang sangat baik buat anak sulung mereka.

Kata Fizo, dia dan Mawar membuka akaun bank khusus buat Maryam dan wang itu akan selalu di isi dengan wang simpanan setiap bulan untuk mencapai target supaya Maryam menjadi jutawan di usianya belum masuk 20 tahun. Wah hebat perancangan mereka

Terkini, walaupun usia Maryam masih masuk 30 hari, namun Fizo dan Mawar mengumumkan bahawa Maryam akan menjadi model cilik secara rasmi untuk produk Fareeda. Nampaknya bila besar nanti Maryam pasti akan di dedahkan dengan cabang bisnes apatah lagi bagi mewarisi bisnes Fareeda kan?

Gambar Maryam bertudung juga nampak sangat comel. Rata-rata ramai yang rasa geram dan cair hati melihat betapa comelnya Maryam bertudung. Hari ini memang menjadi satu trend di mana ramai bayi perempuan di pakaikan tudung sama seperti kebanyakan bayi perempuan di Indonesia. Tak salahkan ajar anak bertudung dari kecil.InsyaAllah akan kekal bertudung sehingga mereka besar.

sumber : kisahdunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *