Tahniah! Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz “Niena Baharun” Selamat Bernikah Pagi Tadi! (5 Foto)

Nama Niena Baharun sudah menjadi sebutan ramai peminat drama Malaysia. Siapakah Niena Baharun ini? Niena Baharun atau nama sebenarnya Amaniena Baharun adalah heroin drama terbaru TV3 yang bertajuk Sayangku Kapten Mukhriz. Drama ini adalah drama adaptasi dari sebuah novel Anugerah Terindah karya Sophilea yang telah menemui penonton di slot Akasia TV3.

Drama Sayangku Kapten Mukhriz menampilkan gandingan baru Raja Afiq dan Niena Baharun sebagai pelakon utama. Diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dibawah terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini seperti Ikhlas Jalil, Fezrul Khan, Alif Aziz, Neera Azizi dan ramai lagi.

Pelakon heroin memegang watak sebagai Saidah dalam drama popular TV3 Cinta Teruna Kimchi membuatkan Niena Baharun ini dikenali ramai. Namanya mula meningkat naik kini.
Sebelum Ini Pelakon Ini Pernah Digosipkan Bercinta Dengan Raja Afiq.

Selepas kejayaan Sayangku Kapten Mukhriz, Raja Afiq digandingkan sekali lagi bersama Niena menerusi drama Nazar Cinta Ramadan. Pelakon Niena Baharun berkata gandingan mantap bersama Raja Afiq dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz membuatkan peminat mahu mereka menjalin cinta di luar lakonan.

Niena, 23, berkata hasrat peminat itu tidak dapat ditunaikan kerana dirinya kini sudah pun memiliki kekasih yang juga seorang selebriti.

“Saya tahu ada peminat yang terbawa-bawa mood watak kami sebagai pasangan kekasih dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz.

“Hinggakan mahu kami menjadi pasangan kekasih dalam dunia sebenar. Tetapi tidak mungkin perkara itu berlaku.

Image result for Niena Baharun selamat bernikah dengan

“Masakan kami perlu mengorbankan pilihan masing-masing untuk memenuhi kehendak peminat yang mahu melihat kami bersama. Saya sudah ada teman lelaki,” katanya seperti dilaporkan Mingguan Malaysia.

Anak jati Kota Baru, Kelantan berkata selepas kejayaan Sayangku Kapten Mukhriz, Raja Afiq digandingkan sekali lagi bersamanya menerusi drama Nazar Cinta Ramadan.

Katanya, walaupun memegang watak sebagai pasangan kekasih, hubungan mereka profesional di set penggambaran.

“Saya dan Raja Afiq tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa. Kami hanya teman sekerja selepas digandingkan dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz.

“Selepas drama itu sudah selesai ditayangkan di televisyen awal September lalu, kami jarang berhubung melainkan (jika) ada kerja-kerja berkaitan,” beliau dilaporkan berkata.
Niena Baharun selamat bernikah pagi tadi.

Retis

Pelakon, Niena Baharun selamat bernikah dengan pasangan pilihannya, Aliff Firdaus Abdul Hadi di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan sekitar pukul 11 pagi tadi.

Sebelum ini, Niena atau nama sebenarnya, Amaniena Baharun, 25, pernah menjelaskan bahawa dia mempunyai teman istimewa.

Namun, pelakon drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz itu tidak pernah memperkenalkan kekasihnya kepada umum.

Siapakah Niena Baharun?

Image result for pelakon Niena BaharunBiodata Penuh Niena Baharun

Nama Komersial: Niena Baharun

Nama Penuh: Amaniena Baharun

Tarikh Lahir: 14/4/1993

Umur: 23 Tahun (2016)

Pendidikan: Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC) dalam jurusan kejuruteraan awam

Asal: Kota Bahru, Kelantan

Adik-beradik: Anak kedua daripada empat adik-beradik.

Image result for pelakon Niena Baharun

Kerjaya: Model dan Pelakon

Drama: Demi Dia (2013), Rindu Awak 200% (2014), Hati Perempuan (2015), Cinta Teruna Kimchi (2016) dan Sayangku Kapten Mukriz (2016).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *