Home Konfensi “Sakit gila muka, tak boleh nak buka mulut” – Produk Kecantikan Instafemes...

“Sakit gila muka, tak boleh nak buka mulut” – Produk Kecantikan Instafemes Dihentam Lagi

19
0
SHARE

Nampaknya kisah instafemes yang mengeluarkan produk sendiri masih belum surut dan semakin hangat diperkatakan. Bermula dengan kontroversi di sebalik pembuatan dan lokasi kilang pengeluar produk kecantikan yang dihasilkan, kisah instafemes ini tidak terhenti di situ.

Walaupun menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai, proses penjualan produk kecantikan yang dikeluarkan instafemes ini dilihat seperti semakin berkembang luas jika melihatkan entri-entri yang dimuat naik di laman sosial miliknya.

Terdahulu, ramai yang menuduh bahawa ada sesetengah pihak sengaja mahu menjatuhkan perniagaan pasangan instafemes tersebut kerana menyebarkan pelbagai berita yang tidak sedap didengar tentang produk yang dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, produk yang dihasilkan tetap mendapat sambutan menggalakkan dan diterima naik oleh peminat-peminat mereka. Ramai yang teruja untuk mencuba produk kecantikan tersebut dengan harapan akan mendapat wajah secantik pengasasnya.

Terbaru, seorang wanita dikenali sebagai Nurizyan telah berkongsi di laman Twitter kisah rakannya Aina yang menggunakan produk kecantikan tersebut. Nurizyan menberitahu bahawa dia telah melihat Whatsapp story dimuat naik Aina yang membeli produk kecantikan berkenaan.

Pun begitu, selang beberapa hari kemudian Aina dilihat memuat naik status bertanyakan tentang pakar kulit pula. Eh kenapa pulak ni?

Berdasarkan screen capture perbualan yang dimuat naik oleh Nurizyan, kulit wajah Aina menjadi terlalu kering sehingga dia tidak dapat membuka mulutnya setelah memakai produk tersebut. Selain mengalami pedih-pedih dan gatal, muka Aina juga menjadi merah-merah.

Aina yang khuatir dengan keadaan mukanya telah pergi mendapatkan nasihat doktor berkaitan hal yang dialami. Doktor tersebut telah melarang Aina meletakkan apa-apa produk di muka buat seketika waktu kerana keadaan wajahnya dikatakan mempunyai terlalu banyak merkuri pada ketika itu.

Melihatkan produk tersebut yang digembar-gemburkan sesuai untuk dipakai oleh semua jenis kulit, ramai berang dengan kesan berbeza dialami oleh Aina dan menyuruhnya melaporkan hal tersebut kepada pihak yang terbabit.

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan produk kosmetik tersebut katanya telah tampil untuk memperbetulkan keadaan, namun masih tiada balasan daripada mangsa yang terbabit. 

Hmm..belum reda lagi kisah yang lama, muncul kisah lain pula. Ada di antara korang yang guna produk ni? Cuba kongsi sikit di ruangan komen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here