Home Kewangan Ramai Yang Tak Tahu Negeri Selangor Beri RM1,500 Kepada Bayi Yang Baru...

Ramai Yang Tak Tahu Negeri Selangor Beri RM1,500 Kepada Bayi Yang Baru Dilahirkan. Ini Caranya. Senang Je Nak Mohon!

53
0
SHARE

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil baru lahir pastinya memerlukan wang yang banyak. Bagi mereka yang kurang berkemampuan, keperluan seperti pampers, pakaian bayi, susu dan lain-lain mungkin agak sukar untuk dilunasi.

Namun jangan bimbang! Bagi mereka yang mempunyai bayi yang dilahirkan di Selangor, anda bakal mendapat wang sebanyak RM1,500 dengan memohon satu program yang diwujudkan khas oleh Kerajaan Negeri Selangor. Macam tak percaya pulak kan?

Program tersebut dinamakan Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS yang merupakan program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. TAWAS telah dilancarkan pada 30 Ogos 2008 dan diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Ianya telah dibuka khusus buat anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat.

Sebelum anda memohon, kenalah tahu syarat-syarat kelayakannya kan? Nanti dah berkobar-kobar nak memohon tapi rupanya bayi anda tak layak pula menerima wang RM1,500 tu.

Tiga syarat yang perlu dipatuhi pemohon TAWAS ialah seperti berikut:

Syarat 1

Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1 Januari 2008.
  2. Belum mencapai usia 3 tahun.
  3. Ibu atau bapa lahir di negeri Selangor, ATAU ibu atau bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.

Syarat 2

Permohonan adalah terbuka kepada ‘Anak yang dilahirkan di Selangor’ yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lahir di negeri Selangor mulai 1 Januari 2008.
  3. Belum mencapai usia 3 tahun.
  4. Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun
  5. Cop pengesahan Taraf Mastautin. Cop boleh diambil dari:
  • Ahli Parlimen Selangor
  • Pusat Khidmat DUN Selangor
  • Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
  • Penghulu/Ketua Kampung
  • Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
  • Ketua Komuniti/Nazir Masjid

Syarat 3

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di luar Negeri Selangor, daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1 Januari 2008.
  3. Belum mencapai usia 3 tahun.
  4. **Ibu/Bapa yang lahir di daerah negeri lain yang sama didaftarkan (merujuk kepada perkara 1) dan sedang menetap di daerah sempadan yang sama.

    **Ini merujuk kepada contoh berikut:

Anak lahir di sempadan Selangor iaitu Negeri Sembilan, DAN; Ibu atau bapa mestilah lahir di Negeri Sembilan (sama dengan anak yang ingin didaftarkan) serta perlulah menetap di Selangor yang beralamat di daerah sempadan yang sama (Negeri Sembilan) dan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya daripada:

  • Penghulu/Ketua Kampung
  • Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
  • Ketua Komuniti/Nazir Masjid

Cara Memohon

Sudah cukup syarat-syaratnya kini anda bolehlah siap sedia memohon. Caranya mudah saja, ikuti langkah di bawah.

1. Ketahui tempat permohonan menjadi ahli TAWAS

Anda boleh memohon TAWAS di tiga tempat ini iaitu:

  • Pejabat Pusat Khidmat Dun berhampiran
  • Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor
  • Permohonan Secara Online

2. Sediakan salinan dokumen penting berikut:

  • MyKad ibu dan bapa
  • MyKid atau Surat Lahir Anak
  • Surat Pengakuan Anak Angkat (Jika Perlu)
  • Penyata rasmi simpanan TAWAS akan dikeluarkan selepas permohonan anda diluluskan oleh YAWAS. Ibu dan bapa akan dimaklumkan untuk mengambil penyata tersebut dengan membawa dokumen yang dinyatakan di atas.

Pun begitu, penyata ini haruslah disimpan dengan cermat sehingga usia anak mencecah 18 tahu. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan, anda perlu buat laporan ke pejabat YAWAS dan akan dikenakan RM10.

Dengan permohonan ini, anak anda akan diberikan kad Si Manja iaitu kad keahlian yang diberikan untuk setiap permohonan TAWAS yang berjaya.

Manfaat Menyertai TAWAS

Selain daripada mendapat RM1,500 dengan permohonan ini, ibu bapa dan anak-anak yang didaftarkan dibawah TAWAS juga berpeluang mendapat manfaat lain yang menguntungkan. Antaranya ialah diskaun penginapan di De Palma Hotel, diskaun keahlian AAM Roadside Assistant dan khairat kematian bernilai RM1,500 kepada waris TAWAS yang berdaftar.

Anda juga boleh mengikuti sebarang aktiviti dan sumbangan yang diadakan pada setiap tahun khas buat ahli TAWAS. Informasi lanjut berhubung aktiviti ini bolehlah anda dapati di laman Facebook TAWAS sendiri. Mereka juga melayan sebarang pertanyaan berhubung permohonan TAWAS dengan menghantar mesej peribadi.

Untuk sebarang maklumat lanjut anda bolehlah lawati laman web TAWAS atau hubungi mereka di talian 03-54818800. Anda juga boleh ke pejabat Yayasan Anak Selangor sendiri di alamat berikut:

Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Apa tunggu lagi? Jomlah mendaftar sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here