Lima Punca Bisnes Kecil Bungkus- Tuan Norizan Sharif

Ketua Pengarah INSKEN, Tuan Norizan Sharif kali ini memberikan 5 punca bisnes keci bungkus.

LIMA PUNCA BISNES KECIL-KECILAN BUNGKUS

1. Tak jelas bisnes apa dia nak buat. Semua benda dia nak buat. Tengok bisnes orang lain laku lebih sikit, dia pun nak ikut juga. Idea asal tinggal tersadai.

2. Tak pandai uruskan duit. Gunakan duit bisnes untuk peribadi. Akaun bisnes tak ada. Duit bisnes simpan di dalam wallet. Akhirnya makan modal.

3. Tak ada disiplin. Ikut sedap dia saja bila nak buka atau tutup kedai. Jiran kenduri, tutup gerai. Hujan, tutup gerai. Kawan ajak pergi tengok wayang, tutup kedai. Bangun lewat, tutup gerai. Malas.

4. Tak ambil kisah maklumbalas pelanggan. Dia rasa dia hebat sangat. Kalau ada orang beri teguran (contoh: makanan tak sedap), dia anggap orang itu berniat jahat. Kalau tak pun, merajuk dan menangis di belakang pintu.

5. Tak sanggup bertahan lama. Baru dua hari berniaga, tutup gerai kerana orang tak ramai. Belum apa-apa, dah angkat tangan. Sentimental sangat. Mudah patah semangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *