Kenapa Hael Selalu Pakai Cermin Mata Hitam? Ini Jawapannya!

Penyanyi yang popular dengan lagu Jampi, Hael Husaini mengakui mempunyai alasan tersendiri apabila sering muncul dengan cermin mata hitam setiap kali mengadakan persembahan.

Menurut Hael, sebagai seorang penghibur dia ingin mempunyai identiti tersendiri.

“Sejujurnya saya tidak mempunyai masalah nak pakai cermin mata hitam atau tidak ketika berada di atas pentas.

“Tapi bila saya tak pakai cermin mata hitam masa buat persembahan, ramai pula yang cakap mereka nampak janggal tengok saya.

“Mungkin mereka sudah biasa lihat saya menggayakan aksesori itu ketika menyanyi.

“Jadi disebabkan itu saya mengambil keputusan untuk terus kekal dengan imej itu ketika mengadakan persembahan sehingga sekarang,” katanya kepada Astro Gempak.

Hael berkata demikian ketika ditemui pada malam Anugerah Digital Muzik Era 2018 di Galaxy Banquet Hall Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada malam tesebut Hael telah memenangi kategori Lagu Viral ERA menerusi Jampi dengan menewaskan empat lagu popular lain seperti Pematah Hati, Sabar, Senyum dan Pertama Kali

Sumber: Astro Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *