Home Kewangan “Kedai Mak Cik Seringgit” Menjadi Tumpuan Utama Para Pelajar

“Kedai Mak Cik Seringgit” Menjadi Tumpuan Utama Para Pelajar

66
0
SHARE

Anda sebagai seorang pelajar, semestinya anda inginkan makanan yang murah kerana kekurangan bajet.

Di Kulim, sepasang suami isteri mengambil inisiatif menjual nasi bajet bagi membantu pelajar menikmati hidangan lazat pada harga murah.

seringgit

Terkenal dengan gelaran Kedai Makcik Seringgit, Noor Haliza Mohd Hashim, 44, dan suaminya, Mohamad Rozi Ishak, 48, beroperasi sejak enam tahun lalu di Jalan Pondok Labu.

“Tarikan utama adalah harganya iaitu nasi set bajet berharga serendah RM2 dan air hanya RM1 dan saya jual sebab kasihan kepada pelajar yang tak ada bajet besar untuk makan”

Bagi set nasi bajet, pelanggan boleh memilih beberapa jenis lauk seperti ikan sardin, telur goreng atau rebus, sosej atau kepingan daging dan sayuran.

Di kedai itu, pelanggan boleh pilih satu daripada lauk ini dan sayuran yang disukai dengan harga RM2.

Air pula, semua jenis air yang dibancuh termasuk Milo ais, teh ais, Horlicks ais dan ia hanya RM1 kecuali minuman yang di paket.

Kedai itu mula beroperasi pada 7 pagi sehingga 7 malam.

Waktu puncak pada tengah hari dan ketika ini pelajar paling ramai dan memang mereka akan pesan nasi bajet untuk makan tengah hari.

Selain itu, ramai pengunjung yang singgah ke kedainya untuk membeli air bungkus.

Kadang-kadang pelanggan memesan sehingga 20 bungkus air dan ada antaranya yang datang semata-mata mahu membeli air RM1.

Harga itu langsung tidak merugikan perniagaannya, malah menjadi tarikan ramai orang sehingga sentiasa dikunjungi setiap masa.

Katanya, perniagaannya tidak merugikannya. Jika ianya rugi, sudah lama dia tidak melakukannya. Sudah lama dia berniaga dan ramai orang datang.

“Memang selalu saya dan kawan makan di sini terutama waktu tengah hari. Makanan di sini sedap dan harga lebih murah,” katanya.
Bab makan saya tak nak berkira sangat. Janji harga berpatutan dan ramai orang boleh makan sampai kenyang.

Sementara itu, pelajar kolej vokasional, Aiman Syafiq Iza Syarrizan,18, berkata nasi ekonomi yang dijual di kedai tersebut lebih murah dari kantin kolejnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here