Home Islamik “Jangan Tertipu Dengan Tudung”- Luahan Yang Akan Buat Korang Sedar Dari Lamunan!

“Jangan Tertipu Dengan Tudung”- Luahan Yang Akan Buat Korang Sedar Dari Lamunan!

18
0
SHARE

Assalamualaikum.

Maaf kalau aku terpaksa confess pasal ni, tapi aku rasa perlu sebab kalau tak, lelaki akan terus menerus tertipu dan ditipu dengan tudung.

‘Wanita di sebalik hijab’, sempurnakah mereka?

Lelaki selalu menganggap wanita bertudung pandai agama, dan serba tahu soal agama. Tapi mereka silap, tak semua berjaya menerima pendidikan agama yang secukupnya.

Bunyi tajuk aku ni macam aku nak burukkan wanita bertudung je kan? Takk, aku pun bertudung. Cuma aku nak highlight “tak semua wanita bertudung pandai agama”

Kadang2 aku kesian dekat kawan-kawan aku yang nak kahwin tapi basic ilmu agama pun tak lepas lagi, lepas tu bakal suami tertipu dengan rupa paras mereka dan tudung yang mereka pakai. Bertudung tak bermakna pandai ilmu agama.

Ada kawan aku, dia ni lagi beberapa bulan lagi nak kahwin. Pastu tiba-tiba dia datang pada aku, minta aku ajar dia mengaji, sebab dia malu kalau bakal suami tahu yang dia tak reti mengaji.

So aku pun ajarlah, tapi aku pulak rasa terkilan. Macam-macam aku berperang dengan hati aku ‘kenapa baru sekarang nak belajar? Lagi beberapa bulan kahwin baru sekarang nak belajar?’… dan ‘kenapa nak belajar sebab malu dengan suami?’… ‘kenapa tak berterus terang je dengan suami yang awak tak pandai mengaji?

Kalau suami ikhlas sayang awak, dia terima je kekurangan awak’…’tak payah malu kalau tak pandai, nanti lepas kahwin boleh suruh suami ajar’…. dan macam-macam lagi lah aku rasa marah dalam hati, seolah-olah macam aku pulak bakal suami dia.. hehe sebab aku rasa tertipu sebagai bakal suami

Again, pasal solat. Kawan aku yang lain, dia dah ada anak dah pun, dah besar pun anak nya, 7 tahun. Satu hari dia contact aku, minta ajar anak dia solat dan baca iqra’. Aku pun macam ‘aik awak kan suri rumah sepenuh masa, anak pun sorang, lebih afdhal emaknya ajar anak sendiri’.

Tapi kawan aku malu-malu kucing cakap “saya sebenarnya tak reti sangat bab agama. Solat pun saya tak pasti betul ke tak saya solat selama ni, mengaji pun tak pandai”

Aku dengar tu rasa pelik je. Aku suruh dia baca Al-Fatihah, terus aku rasa nak menangis. “Habis tu selama ni duk baca Al fatihah tu, baca macam ni lah ya?”. Dia mengangguk.

Aku sedih dowh. Al fatihah dia salah baca. Aku rasa macam again, aku kalau jadi laki dia aku rasa teraniaya kalau tahu isteri tak reti agama sampai macam ni sekali. Kalau suami tahu tapi tak didik isteri dengan baik, aku rasa nak lempang je suami-suami yang gagal ni.

Apa guna berkahwin tapi gagal didik isteri?

Isteri ni bukan nafkah zahir batin je kena bagi, nafkah rohani pun kena diberi.

Wahai suami suami dan bakal suami, pernah tak buat ujian untuk bakal isteri sebelum kahwin? Dengar mereka baca AL-Quran dulu? Soal mereka soalan berkenaan bab thaharah, bab solat dan bab2 lain yang wajib tahu. Pernah ke?

Kenapa pemilihan isteri ni penting? Sebab isteri ialah ibu kepada anak-anak anda. Kebanyakan masa anak akan digunakan lebih banyak bersama isteri, jadi akhlak anak, segala tindak tanduk anak, segala amalan anak, semuanya akan dibentuk dan dicorakkan oleh si ibu, yakni isteri anda.

Jadi, lelaki berhak jadi selective dan cerewet dalam pemilihan isteri kerana isteri ni bukan pakai untuk hal suami isteri je, tapi isteri inilah yang akan mencorakkan masa depan anak anda.

Berjaya atau gagal masa depan anak anda, semuanya bergantung kepada isteri anda.

Jika isteri panas baran, jangan terkejut jika dapat anak juga panas baran, atau anak kaki buli di sekolah. Jika isteri tak solat, rumahtangga akan rosak.

Lelaki, pilihlah isteri yang boleh jadi ibu terbaik untuk anak-anak.

Sebelum kahwin tu, fikir dulu. Bolehkah dia didik anak kami nanti?

Untuk wanita, persiapkanlah ilmu agama dan rohani kalian sebelum bernikah.

Cukupkan mana-mana yang tak cukup. Kalian tak boleh nak expect untuk suami yang didik kalian serba serbi ilmu agama, sebab nanti suami bekerja dan masa bersama mungkin terhad.

Jangan expect nak dapat imam yang perfect, kalau kalian sendiri pun belum tahu cara nak jadi makmum yang betul.

– aina

Sumber:IIUM Confession

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here