Home Kewangan Ini Cara Bagaimana Untuk Mengesan Duit Palsu Yang Kini Banyak Digunakan Di...

Ini Cara Bagaimana Untuk Mengesan Duit Palsu Yang Kini Banyak Digunakan Di Pasar Malam

256
0
SHARE

Sindiket pengedaran duit palsu kini kembali merebak terutamanya di pasar-pasar malam. Para peniaga sememangnya sukar untuk mengesan duit palsu yang keluar masuk kerana kesibukan berniaga dan juga keadaan pasar malam yang gelap.

Tambahan pula, sindiket wang palsu terbaru ini menggunakan wang yang nampak seakan-akan wang tulen. Antara wang yang dipalsukan adalah wang kertas bernilai RM20, RM50 dan RM100.

duit palsuSindiket penggunaan wang palsu ini sangat menganiaya para peniaga. Mana tidaknya, segala penat lelah mereka berniaga akhirnya dibayar dengan wang yang tidak tulen. Lebih malang lagi, ada di kalangan mereka yang hanya menyedari akan duit palsu yang diterima setelah pergi ke bank untuk memasukkan wang ke dalam akaun.

Menurut beberapa peniaga, “Kami sedar bahawa sindiket wang palsu ini banyak digunakan di pasar malam, tetapi tiada apa yang boleh kami lakukan untuk menanganinya”

duit palsu“Sekiranya ada pembeli yang membayar menggunakan duit palsu, mungkin itu adalah nasib malang bagi kami”, keluh mereka.

Justeru, Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini telah mengeluarkan beberapa cara untuk mengesan perbezaan di antara wang palsu dengan wang tulen. Berikut merupakan ciri-ciri yang wajib ada pada sekeping wang yang tulen RM 100 ;

duit palsu
Sumber BNM

1.Cetakan intaglio: Kesan cetakan yang boleh dirasai dengan menggosok jari anda ke atas tempat yang ditandakan2.Cetakan watermark: Apabila terkena cahaya terang, anda boleh melihat potret YDP-Agong dan nombor 100 di bawahnyaduit palsu
3.Angka yang boleh dilihat : Pegang wang dibawah cahaya terang dan anda akan lihat pembentukan sempurna angka 100

4.Garisan benang: Sekali lagi, anda perlu memegang wang kertas di bawah cahaya dan perhatikan garis gelap yang timbul di atas kertas
5.Garisan keselamatan mikro: Terbalikkan wang kertas anda dan perhatikan bunga raya dalam garisan bergerak

6.Jalur emas: Terbalikkan wang ke bahagian belakang dan anda dapat lihat jalur berwarna emas yang menghala ke bawah
7.Huruf mikro : Anda mungkin memerlukan kanta pembesar untuk ini tetapi anda boleh menyemak dan melihat sama ada terdapat huruf mikro yang mengelilingi bahagian atas dan bawah gambar
8.Elemen fluorescent : Gunakan cahaya UV untuk memeriksa imej Gunung Kinabalu dengan angka 100 yang muncul dalam warna merah dan kuning
9.Teks dan logo fluorescent : Menggunakan cahaya UV, cari corak rusa dan segi empat tepat dengan teks “BNM 100”
10.Jaringan keselamatan: Lampu UV sangat berguna sekali lagi; semak gentian keselamatan bertaburan di sepanjang nota yang berwarna merah, kuning dan biru. Kebanyakan ciri-ciri ini dapat dilihat dengan mudah dengan mata kasar.

Jadi pastikan anda tidak ditipu! Dapatkan nota RM100 dan periksa sekarang!

Sumber :Bank Negara Malaysia, World of Buzz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here