Home Umum Hat Yai Syurga Makanan – Gadis Ini Kongsi Tip Dan Itinerari Makan-Makan...

Hat Yai Syurga Makanan – Gadis Ini Kongsi Tip Dan Itinerari Makan-Makan Di Hat Yai

36
0
SHARE

Macam tiba-tiba sahaja bandar Hat Yai, Thailand menjadi tumpuan orang setelah beberapa restoran makanan halal enak tular di media sosial.

Sempadan Rantau Panjang - Thailand.

Bagi Nur Haida, 27 tahun, anak kelahiran Kelantan ni merancang trip Hat Yai bersama temannya dalam sekelip mata. Tambahan kedua-duanya suka makan, sewajarnya Hat Yai menjadi tumpuan kerana gelaran syurga makanannya cukup menarik perhatian kaki makan.

Dim Sum Hat Yai tular di media sosial.

Idea untuk ke Hat Yai muncul secara rambang dan mereka terus menempah rumah tetamu. Dengan melakukan sedikit kajian tentang Hat Yai di internet, mereka bertolak ke Hat Yai pada keesokan harinya.

Tips untuk ke Hat Yai dari Rantau Panjang, Kelantan.

1. Anak Kelantan boleh buat pass sempadan berharga RM10 di UTC atau gunakan pasport sahaja untuk ke Hat Yai.

2. Anda boleh jalan kaki sahaja dari sempadan Rantau Panjang ke Sempahan Thailand. Tak perlu naik motor dengan bayaran RM5.

3. Masuk sempadan Golok, askar Thailand terlalu ramai. Buat macam biasa sahaja. Jangan ajak selfie pula.

4. Sila bawa bantal kecil apabila menaiki keretapi dari Golok ke Hat Yai kerana kerusi agak keras. Perjalanan ke Hat Yai ambil masa dalam 4-5 jam.

5. Apabila tiba di bandar Hat Yai, anda boleh gunakan Grab. Jangan lupa guna kod promo kalau ada, bertambah jimat.

6. Makanan di Asean Market lagi best dan banyak pilihan sampai mereka ulang dua kali ke sana.

7. Ramai orang boleh cakap bahasa Melayu di Hat Yai.

8. Kalau membeli-belah, wajib tawar-menawar kerana harga awal yang diletakkan sangat tinggi.

9. Jangan meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi apabila di Hat Yai. Hat Yai lebih kepada percutian bajet dan backpack. Rumah tetamu murah, kereta api pula jenis yang lama dan anda perlu banyak jalan kaki. Jadi, nikmati setiap saat apabila berada di sana.

10. Imigresen tutup jam 7 malam. Anda harus pandai bajet masa balik untuk mengelakkan kejadian tak boleh lepas sempadan.

11. Lebih baik kalau anda pergi pada hari bekerja untuk elakkan beatur panjang di imigresen pada hari minggu. Cadangan, anda boleh pergi hari Khamis dan balik hari Sabtu.

Itinerari 3 hari 2 malam di Hat Yai

Hari pertama

1. Naik bas dari Kota Bharu ke Rantau Panjang.

2. Sampai sempadan, uruskan pasport di imigresen. Jalan kaki dari sempadan Rantau Panjang ke imigresen Thailand lalu ke stesen keretapi Sungai Golok. Naik keretapi Sungai Golok ke Hat Yai.

3. Beli kad sim DTAC, tambah 1.5gb data internet.

4. Check in di rumah tetamu Cathay.

5. Jalan-jalan dan nikmati makan tengahari di Lee Garden Plaza.

6. Makan malam di Asean Night Market.

Hari kedua

1. Sarapan di Chabura Dim Sum.

2. Jalan-jalan di Hat Yai Municipal Park.

3. Solat dan berehat di Songkhla Central Mosque.

4. Makan tengari di Khlong Hee Floating Market.

5. Makan malam di Asean Night Market.

Kemeriahan makanan di Khlong Hee Floating Market.

Hari ketiga

1. Sarapan di restoran Kelantan.

2. Membeli-belah di Kimyong Market.

3. Beli cenderamata di Lee Plaza.

4. Naik van balik ke Sungai Golok atau Hentian bas Hat Yai Terminal 1.

Aneka sushi.

Sumber: RojakDaily

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here