Home Kewangan Gelandangan Ini Tidak Sangka Dapat Duit Sebanyak RM 1.6 Juta Sekelip Mata...

Gelandangan Ini Tidak Sangka Dapat Duit Sebanyak RM 1.6 Juta Sekelip Mata Tanpa Perlu Buat Apa-apa Kerja

70
0
SHARE

Bagi mereka yang menjadi orang gelandangan atau kita sebut istilah homeless, kita lihat hidup mereka penuh dengan kesusahan. Untuk makan pun belum tentu ada makanan dan untuk tidur belum tentu dapat tidur kerana mereka mungkinada tempat tidur yang basah kerana hujan turun dengan lebat.Itulah nasib homeless ini.


Mereka di lihat hidup bagaikan tidak ada masa depan dan tiada punca wang yang jelas.

Namun bagi seorang homeless yang bernama Johny ini, satu hal yang ajaib dan penuh bahagia berlaku dalam hidupnya apabila dia mendapat wang sebanyak lebih RM 1.6 juta sekelip mata. Bagaimanakah Johny mendapat wang itu?

Kisahnya bermula apabila seorang wanita bernama Kate McClure mahu pulang ke rumah dengan memandu kereta. Sampai di satu tempat, kereta Kate mati dan isyarat kehabisan minyak sudah muncul dan dia tidak mampu berbuat apa-apa. Perjalanan agak jauh, stesen minyak juga tidak kelihatan dan jalan juga nampak sunyi. Paling parah Kate tidak membawa wang walau sedikit pun dalam keretanya.


Ketika Kate berusaha sendirian mahu mencari stesen minyak,dia bertembung dengan Johny yang bertanya apakah masalahnya.Setelah di cerita oleh Kate, Johny meminta Kate untuk masuk ke dalam keretanya semula memandangkan dia hanya sendirian. Johny menyuruh Kate menunggunya datang semula.

Selepas menunggu, Johny datang kepada Kate dengan membawa minyak kereta. Rupa-rupanya Johny menggunakan wang USD20 dollar terakhir dalam poketnya untuk membeli minyak itu buat Kate dari sebuah stesen minyak. Kate rasa sangat terharu dengan bantuan dari Johny itu walau dia tidak punya apa-apa dan merupakan seorang homeless yang berkeliaran di jalan untuk mencari makanan.

Selepas dari peristiwa itu, setiap kali Kate melalui kawasan itu, Kate pasti akan singgah untuk memberikan Johny makanan, jaket dan keperluan lain termasuklah membayar semula USD 20 yang pernah di bantu oleh Johny.Namun bagi Kate dia masih rasa bersalah kerana melihat Johny berada di jalanan tanpa rumah.


Kate pun membuka bantuan dari orang ramai melalui laman web GoFundMe untuk mendapatkan dana sebanyak USD 10,000 untuk Johny bagi membayar sewa rumah atau bilik.


Memandangakn ceritanya sangat tersentuh hati, ramai orang telah membuat derma sehinggakan jumlah akhir derma yang mereka dapat lebih dari jangkaan iaitu sebanyak USD 400,000 dan lebih. Jumlah orang yang menderma pula lebih dari 10,000 orang.

Kate tidak sangka ramai yang tersentuh hati dengan kisah yang di kongsi beliau dan Johny juga tidak menyangka akan mendapat wang sebanyak itu.

Kisahnya viral hingga mendapat jemputan dari stesen TV.

Ini adalah satu pengajaran yang besar dalam hidup kita iaitu jangan pandang rendah pada orang yang tidak punya apa-apa kerana kelak mungkin sahaja kita akan mengharapkan bantuan dari mereka. Kedua, golongan homeless mungkin tidak punya rumah dan kereta serta serba kekurangan, namun mereka juga mungkin punya sikap belas ehsa pada orang lain dan punya hati yang mungkin jauh lebih baik dari kita semua yang mungkin merasa serba sempurna.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here