Home Kewangan Gadis kongsi pengalaman ditipu rakan serumah guna IC dan lesennya beli kereta...

Gadis kongsi pengalaman ditipu rakan serumah guna IC dan lesennya beli kereta tanpa pengetahuannya

310
0
SHARE

 

Pengalaman ditipu oleh rakan baik sendiri bukanlah suatu perkara yang baru, lebih-lebih lagi sekiranya melibatkan urusan wang ringgit.

Seorang wanita baru-baru ini telah berkongsi pengalaman bagaimana beliau ditipu oleh rakan serumahnya tanpa pengetahuannya. Lebih menyakitkan hati lagi apabila rakan serumah yang menipunya itu merupakan kawan baik beliau sendiri.

Guna lesen dan IC

Nadia McWilson telah menceritakan bagaimana rakan serumahnya menggunakan dokumen peribadinya seperti MyKad dan lesen memandunya tanpa pengetahuannya.

Tunggakkan 7 bulan

Perkara itu hanya diketahui oleh Nadia apabila beliau telah didatangi oleh seorang lelaki yang mendakwa beliau mempunyai bayaran tertunggak selama 7 bulan untuk ansuran kereta Perodua Axia.

Baru faham situasi

Beliau pada mulanya keliru tentang perkara itu sehinggalah beliau telah diterangkan secara terperinci oleh lelaki itu mengenai ‘tunggakkan’ nya itu.

Confrontation

Bukan setakat guna MyKad dan lesen saja

Tidak cukup dengan mencuri identiti beliau, rakan baikknya itu turut mencuri duit tabung yang disimpan oleh Nadia sejak dari tahun 2007 lagi yang berjumlah hampir RM4,000.

 

 

Duit sewa pun kena tipu sekali

Apa yang lebih menyakitkan hati apabila Nadia turut mengetahui bahawa selama ini beliau telah membayar duit sewa sekali ganda daripada jumlah yang sepatut dibayar olehnya.

 

 

Geram ditipu oleh rakannya selama bertahun-tahun, Nadia telah mengugut untuk membuat laporan polis.

Semoga kisah Nadia ini dapat memberikan kita pengajaran supaya lebih berhati-hati dengan orang lain meskipun kawan baik sendiri.

Nota Editor: Setiap klik pada setiap iklan dalam instant article akan membantu kelangsungan kami untuk kekal relevan menulis di internet. Terima kasih.

Sumber : Nadia McWillson‏

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here