Home Kesihatan BAGAIMANA SAYA DAPAT TURUNKAN KADAR KOLESTROL SECARA NATURAL? INI RAHSIANYA.

BAGAIMANA SAYA DAPAT TURUNKAN KADAR KOLESTROL SECARA NATURAL? INI RAHSIANYA.

42
0
SHARE

Peguam, Tuan Salkukhairi berkongsi cara beliau mengurangkan kolestrol.

1⃣ Semalam saya pergi klinik buat medical checkup. Rasanya dah dekat setahun saya tak buat medical check up.

Last sekali saya buat medical check up tempohari, bacaan kolesterol saya agak sedikit tinggi. Dalam 6++ lebih kurang.

Semalam punya result test, alhamdulillah bacaan kolesterol saya kembali normal. 4.8 sahaja.

2⃣ Saya tak tahu apa yang menyebabkan bacaan kolestrol saya kembali normal. Semuanya dengan izin Allah Taala.

Memang sejak setahun yang lalu saya amalkan ambil 2-3 sudu minyak zaitun Olive House setiap pagi selepas bangun dari tidur.

3⃣ Itu mungkin salah satu asbab sahaja kot. Cuma saya rasa apa yang menyebabkan bacaan kolestrol saya turun mungkin disebabkan oleh kehidupan saya kini yang semakin kurang stress berbanding sebelum ni. Saya yakin rasanya stress inilah punca utama kenapa bacaan kolestrol saya tinggi.

Sejak setahun yang lalu saya telah mula ubah aktiviti harian saya daripada kehidupan yang stress kepada kurang stress.

4⃣ Masa seharian saya banyak saya tumpukan untuk keluarga, isteri dan anak-anak. Saya tidak lagi terkejar-kejar dengan kerja pejabat. Time kerja buat kerja. Time bersama keluarga memang saya tidak akan berkompromi. Jika diberi pilihan sama ada kerja atau keluarga, pilihan saya kini adalah keluarga.

Alhamdulillah saya kini ada masa bermain-main dan bergurau senda dengan anak-anak, pergi sekolah anak-anak untuk sebarang aktiviti mereka dan ada masa menemani isteri shopping sekali sekala walaupun di hari kerja. Daripada situ saya rasa lahirlah ketenangan dan akan menghilangkan stress.

5⃣ Dan walaupun begitu itu tidak beerti saya ketepikan terus urusan kerja. Dengan izin Allah, apabila kita jaga keluarga kita Allah akan permudahkan segala urusan pekerjaan kita. Itu yang saya rasa sekarang.

6⃣ Aktiviti mengemas rumah setiap hari sebelum keluar bekerja juga menjadikan kehidupan keluarga saya semakin tenang. Ini kerana isteri dan anak-anak akan rasa happy bila tengok rumah berada dalam keadaan kemas apabila pulang ke rumah. Bila keluarga kita tak stress kita pun akan jadi tak stress.

7⃣ Dan alhamdulillah disebabkan pengurusan waktu yang betul, saya diberi kesempatan oleh Allah untuk sempat berjamaah di masjid/ surau setiap kali waktu solat fardu.

Saya perasan, aktiviti solat berjamaah ni sebenarnya sangat membantu memberi ketenangan dan mengurangkan stress kepada kita.

Sebab kita akan rasa begitu tenang selepas selesai solat berjamaah kerana kita telah dapat bersolat di awal waktu. Itulah antara hikmah kenapa Nabi SAW amat menggalakkan kita solat berjamaah setiap waktu di masjid.

8⃣ Dan berdasarkan pemerhatian saya, orang yang selalu berjamaah di masjid ni Allah akan beri kesihatan yang baik kepada mereka dan dipanjangkan umur mereka.

Buktinya, cuba lihat para imam dan para bilal di masjid tempat kita. Daripada dahulu sampai sekarang stedy dan sihat je. Imam di kampung saya, sejak saya kecil sampai sekarang masih lagi istiqamah datang ke masjid. Dan beliau sangat sihat. Alhamdulillah.

Setiap waktu boleh datang solat berjamaah. Malu lah kita yang muda-muda dan kuat bertenaga ni kalau tak boleh datang solat berjamaah. Mungkin sebab itulah juga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat para bilal dan imam-imam di masjid.

9⃣ Selain daripada itu mungkin juga amalan bersedekah dapat membawa ketenangan kepada kita. Elok kalau kita dapat amalkannya setiap hari. Sebab ianya melatih kita untuk tidak terlalu sayang kepada harta kita. Ini yang saya amalkan setiap hari. Kehidupan akan jadi tak tenang jika sehari tidak bersedekah.

🔟 Dan apa yang saya amalkan sejak beberapa tahun lalu juga adalah perbanyakkan berkongsi dengan orang lain. Baik dari segi ilmu, tenaga dan wang ringgit. Ianya pasti akan menghasilkan ketenangan dalam hidup kita apabila melihat orang lain happy hasil daripada pertolongan kita tersebut. Secara tak langsung doa daripada orang yang kita tolong dan bantu tersebut pun menjadikan kita tenang.

1⃣1⃣ Dan yang paling penting sekali adalah doa kita kepada Allah dan redha kedua iba-bapa kita. Setiap kali solat dan solat sunat perbanyakkan lah berdoa semoga Allah beri ketenangan dalam hidup kita dan dikurniakan kesihatan yang baik kepada kita untuk kita melakukan lebih banyak kebaikan dalam hidup. Insya Allah jika kita yakin pasti Allah akan kabulkan doa kita.

1⃣2⃣ Dan redho ibu bapa juga sangat penting. Jika ibu bapa kita redha dengan kita pasti hidup kita akan jadi lebih tenang. Jadi selalulah bertanya kabar dan ziarah ibu bapa kita dan bahagiakan lah hidup mereka. Nescaya hidup kita akan jadi lebih tenang. Insya Allah.

1⃣3⃣ Pendek kata, untuk menjadikan kita sihat bukan sahaja kita kena jaga pemakanan, bersenam atau makan suplemen dan sebagainya. Yang lebih penting lagi adalah amalan dan aktiviti seharian kita. Kurangkan stress dalam kehidupan seharian kita, insya Allah hidup kita akan jadi lebih sihat dan ceria.

⏺ Moga perkongsian ini bermanfaat untuk kita bersama. Insya Allah.

Ikhlas,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Kuantan, Pahang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here