Adusss…Siapa Nak Beli? Wanita ‘Jual’ Suami dan Perempuan Simpanan di Carousell RM0.01 Sen!

Kisah kecurangan rumah tangga bukan satu isu asing malah sering berlaku dalam kalangan masyarakat seantero dunia. Jika minggu lalu kereta seorang lelaki di negara seberang telah dilanggar oleh isterinya hingga merempuh sebatang pokok gara-gara berlaku curang, kali ini seorang lelaki dalam negara pula dimalukan isteri sendiri kerana kelakuan yang sama.

Menurut forum Cari, seorang wanita telah mendapat tahu tentang kecurangan suaminya namun tidak bertindak melepaskan perasaan marah kepada lelaki tersebut. Sebaliknya, wanita itu melakukan sesuatu yang lebih memalukan lelaki terbabit dengan ‘menjual’ suaminya di aplikasi jual beli Carousell!

Berang dengan sikap kaki perempuan lelaki terbabit, wanita tersebut memuat naik gambar suaminya dalam aplikasi itu untuk dijual dengan harga yang terlalu murah. Apa yang menghiburkan orang ramai, wanita tersebut mengiklankan suaminya untuk dibeli oleh individu yang berminat dengan harga RM0.01 je!

Meletakkan gambar suaminya dan  kapsyen ‘Husband for sale’, rata-rata yang melihat iklan tersebut tertawa dengan tindakan wanita itu. Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut menulis keterangan panjang lebar tentang ‘barangan’ yang diiklankan itu. Fuh, memang lengkap segala maklumat!

“Jual murah-murah. Penipu, tak balik rumah untuk bersama keluarga. Kaki kelab malam, kaki perempuan, mabuk, tidur rumah perempuan sana sini. Tapi buat cerita sedih cakap tidur dalam kereta, sweet kan? Aaawwww,” tulis wanita tersebut diakhiri dengan nada sinis.

Bukan suaminya sahaja yang dijual di aplikasi jual beli itu, wanita tersebut juga ada mengiklankan satu ‘barangan terpakai’ yang menjadi perhatian ramai. ‘Barangan terpakai’ yang diiklankan adalah kekasih gelap suaminya dan diletakkan dengan kapsyen ‘My husband girlfriend for rent’. Harga yang tertulis di situ pula adalah sebanyak RM0.50. Eh, mahal sikit dari suaminya?

Bukan suaminya sahaja yang dijual di aplikasi jual beli itu, wanita tersebut juga ada mengiklankan satu ‘barangan terpakai’ yang menjadi perhatian ramai. ‘Barangan terpakai’ yang diiklankan adalah kekasih gelap suaminya dan diletakkan dengan kapsyen ‘My husband girlfriend for rent’. Harga yang tertulis di situ pula adalah sebanyak RM0.50. Eh, mahal sikit dari suaminya?

Berikutan perbezaan harga ini, ramai pembaca yang terhibur dan meninggalkan komen-komen yang mencuit hati. Hahahahah!!

“Kenapa harga tak sama? Barulah sweet dan sepadan.”

“Tak boleh harga sama sebab barang pun tak sama.”

“Condition: Used.

Bermacam cara kita dah baca tentang apa yang dilakukan isteri atau suami yang bengang dengan pasangan mereka, tetapi yang ni memang mencuit hati 😂😂😂

 

Sumber: LobakMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *